worldly life

tik.tok.
times passing by
through all the noisiness

and US?
this honorable creature
still standing there
dissolving in the duplicity of the world
moulding in with its craftiness

Miss Nur Sa.
*building in my TAWAKKAL to Him!*
Muqawwamah ahlul-ghazza~
need the gaza sharing, pretty please!

2 days to go : Oral&Practical Physiology
DO PRAY for me!!

Bagaimana kalau…

BAYYINAH
(bagi mereka yang men’CARI’)

Coretan Hamba

Apabila melihatkan cara fikir masyarakat, ketika pilihan raya semakin dekat ini, saya terkenang satu peristiwa yang pernah dialami beberapa tahun dahulu. Sebenarnya, bukan saya yang mengalaminya. Saya sekadar memerhatinya.

Ketika di dalam satu kelas agama, seorang ‘ustaz’ sedang menjelaskan isu ikhtilat. Beliau menjelaskan tentang larangan lelaki dan perempuan berdua-duaan walaupun antara pensyarah dengan pelajar.

Jelas.

Tiba-tiba, ada seorang pelajar perempuan mengangkat tangan.

View original post 466 more words

Mereka di ‘HATI’ ini

image

Langkah demi langkah,
Perlahan kutelusuri,
Menongkah arus dan badai,
Memangkas onak dan duri,
Kini ku tiba di sini.

‘Tahniah ukhti!’
Kau tiba jua,
‘Persinggahan pertama’
Tertera di situ,
‘Siapa mereka di hujung sana ya?’
Bisikku keliru.

Mereka bersinar
Bagai bintang di angkasa
Menerangi alam fatamorgana
Yang dulu gelap belaka

Aku mahu seperti MEREKA
terus menyebar rasa cinta!

P/s : haha! Didn’t know what to write. Allah, please ease my heart and protect them. Asif ukhti-ukhti, rasa ralat tidak menunaikan hak yang terakhir itu.

Moga Allah sentiasa bersama kamu-kamu!!

Striving for Jannah,
Miss Nur Sa

سنة حلوى يا عسولة، يا مجاهدة!

image

Sanah helwa ukht.

Bismillah.
Awan berarak ceria
Tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,
Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan… Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,

2, 3 kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang
2, 3 ukhti habibti,
Mana nak sama ukhti seorang.

Moga kau terus thabat seperti mana si burung kecil yang tidak pernah berputus asa memadamkan api nabi Ibrahim.
Moga kau terus tabah sepertimana nabi nuh yang tidak lelah berhadapan kaumnya selama 950 tahun.
Moga kau terus berjuang hingga ke titisan darah kita bagi memenuhi janji padanya sepertimana As syahid imam Hassan Al banna. Syeikh ahmad Yasin. Abdul aziz arrantisi. Ummu nidhal.

Akhir sekali, moga kita bersama di Jannah menemui Dia bersama sebeban bukti kita telah membenarkan Nya!

😥
Miss nur saa
Ukhti. Makin bertambah umur ni makin dekat dengan kematian.

Ukhti,kali ini sahaja, biarkan aku menangis! (Part 1)

“Ukhti,untuk kesekian kalinya,biarkan ana menangis!”

Khali seketika. Aku teresak-esak menahan tangisan yang kian melebat. Si Dia hanya mampu memerhatikanku di sisi. Bisu. Tanpa suara.

Si Dia masih di situ. Kaku membisu tanpa sebarang pinjaman kata.

3 tahun yang lepas…

“Nur,anti nak pegi mana ni?? Kenapa kemas barang-barang nti??” Ati menyoal sambil menyelak akhbar harian.

Sebuah senyuman kuhadiahkan buat dia, yang memberi dokongan dan sokongan sepanjang keberadaanku di sini. Dialah teman menangis,ketawa,duka.

“Ati, kalau ana tak jump anti kat sini ana jadi macam mana ye?” soalku lantas mengambil tempat di sebelahnya.

“mestilah anti jumpa ana!” jawab satu suara. Suara itu makin mendekat lantas aku berpaling dan mencubit kedua belah pipinya.

Ati lantas bangun dan menggeletek Ara yang memang terkenal dengan kepetahannya.

Ketawa kami pecah lagi memenuhi ruangan itu.

‘Itu dulu,tika kami masih bersama. Segalanya indah terasa bagai di awang-awangan.’ Hati kecilku berbunyi.

Si Dia telah berlalu meninggalkanku tanpa butir bicara, meneruskan langkah yang bersisa tanpa berpaling padaku.

2 setengah tahun yang lalu…

“ Nur, nur tahu tak Allah ciptakan kita kat atas muka bumi ni berbagai-bagai jenis dan perangai??” soal kakak itu.

Kakak itu. Dia yang membawaku mengenal daerah ini. Membawaku mengenal cinta  hanya pada-Nya. Menenggelamkanku dalam kemanisan kata-kataNya. Melayarkanku ke satu daerah asing yang tidak pernah kuterokai, tidak pernah kulalui.

Aku hanya mampu menggeleng sayu. Sedar kurangnya dan kerdilnya aku di sisiNya.Kurangnya pengetahuan ilmu dan makrifahNya. Lemahnya dan dha’ifnya diri di sampingNya. Mataku kembali kabur.Air itu beranak dan berlari keluar.