NILAIAN MANUSIA

 

 *lostconfidencetowrite*
Nah. I need to pass through it.

Hari ni nak bincang tentang nilaian manusia. Kau tahu apa maksud nilaian manusia. Pasti bukan?Nilaian manusia sebenarnya kalau kita selidiki menjadi kayu ukur paling tinggi bagi setiap insan homosapien di atas muka bumi ini.

 Nak tahu kenapa? Cuba teka, jawapan akan dijelaskan di hujung artikel ini.

Suka untuk Nur bawakan kita sama-sama selidiki nilaian manusia ini dalam diri kita. Cuba lihat diri sendiri, kita banyak bergantung pada buah fikiran dan pandangan manusia lain terhadap diri kita. Bermula seawall kita bangun pgi, mandi, solat subuh, qiam*kalauandabangunqiam*, makan, sarapan, aktiviti harian, pakaian, cara berjalan, dan sebesar-besar perkara hinggalah ke skecil-kecil perkara.

Benar bukan?

Nur bawakan satu peristiwa ya?

SITUASI 1

Aminah berjalan keluar rumah dengan satu azam yang baru. Azam yang menggunung tinggi mejulang ke awan langit biru.

Hari ini aku akan berubah. Inilah imej baruku’ bisik Aminah pada dirinya yang berpakaian baju kurung serta bertudung labuh dan… berstokin serta ber’cuff’(sarung ye?) tangan.

Aminah berjalan masuk ke sekolah menuju rakan-rakan karibnya(BFF lah), namun

Hei, Am! Kau buang tebiat apa? Nak main-main kostum ke?” suara Farah
Perasan ustazah lah tu…” ejek  Sally
Kau.. jangan ingat kau pakai macam ni, kau baik dan suci sangat lah!” caci Lili

mungkin belum masa lagi untuk aku berubah’ gumam hati Aminah.

Yup. Ini situasi ‘cliché’ yang berlaku bukan jarang-jarang bahkan sering berlaku dalam apa-apa jua keadaan. Itu satu situasi. Malahan, begitu banyak lagi situasi yang boleh kita ambil dan jadikan contoh.

Misalnya, dari sudut fizikal. Satu ‘equation’ yang menjadi lumrah manusia sepanjang zaman.

Gemuk = hodoh/tak cantik/malas/banyak makan/suka tidur.
Kurus = cantik/pandai/rajin/baik/lembut/sopan/’boleh buat calon menantu’ *hahaha* 

Dari sudut akademik,

Universiti tempatan = tak pandai sangat ni/biasa-biasa/tak kreatif/tak rajin
Univeriti ‘oversea’ = pandai/bijak/IQ tinggi/rajin/bersungguh-sungguh 

Dari sudut bangsa, 

Melayu = malas/tak kreatif/tak pandai/lambat/lembap/mundur/layu ‘as in’ Melayu
Cina = rajin/pandai/baik hati/hensem/bijak/business-minded 

Dan, banyak lagi. Nur bawakan yang  ‘commonly used

For all my babbling up here, I just want to conclude on something,*myenglishmodeison*

Kita patut jadi diri kita, nilaian manusia tidak akan membawa kita ke mana-mana,
As my umi always said “ Nur, kalau kita nak mencapai dan memenuhi setiap kehendak dan nilaian manusia, kita memang tidak akan mampu lakukan perkara tersebut. Trust me!” 

Ya! Setelah saya melalui hidup ini buat beberapa dekad, kata-kata ini benar-benar fakta yang sebenar. Mungkin kita akan mengecewakan beberapa hati manusia yang punya rasa hormat atas peribadi kita setelah mengetahui kelemahan kita. Namun, itu bukan penghujungnya!

Andai anda hidup atas neraca nilaian manusia,
Tidak akan ada satu perkara yang mampu memuaskan hati anda,
Andai anda hidup atas neraca Illahi,
Segalanya akan menjadi mudah buat diri anda.

Nur tak nafikan ada nilaian manusia yang kita boleh ambil sebagai kayu ukur dan penolak untuk berubah ke arah kebaikan namun, itu bukanlah segalanya.

Berubahlah dan bertebaranlah di atas muka bumi ini atas neraca illahi, anda akan mendapati kehidupan lebih diberkahi. 

Kata-kata seorang murabbi yang memahat di hati saya, “Nur, bila kita melihat dan kita lalui jalan ini dengan IKHLAS, Allah akan mudahkan dan bentangkan jalan itu seluas-luasnya.”

Ok. Fullstop. Hamdalillah.

Sincerely,
Miss Nur Sa.
(wanna know the answers? Allah jadikan manusia ni saling bergantung pada satu sama lain, namun syaitan yang hadir akan sentiasa menghasut dan menggoda anak-anak Adam untuk dengki, envious dan benci melihat insan yang lain. Na’uzubillahi min zaalik!)

Oral Pharmacology tomorrow. Do pray for me! *whatamIdoing!* 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: