Se….

Se’SAUDARA’
Se’IBUBAPA’
Se’KELAS’
Se’TAMAN’
Se’KUMPULAN’
Se’TARBIYAH’
Se’JAMAAH’

Image

bismillah,

Kali ni kita sama-sama soroti klasifikasi hubungan kita sesama manusia.
Sering meniti di bibir setiap insan, hubungan kita sesama orang sekeliling berdasarkan atas urusan apa yang kita jalankan dengannya.

Image

Misalnya,

Kita + ibu bapa = kerana mereka menyara,mendidik,melahirkan kita

Kita + adik-beradik = mereka punya sama ibu dan bapa seperti kita, membesar bersama

Kita + rakan sekolah = samada tadika,sekolah rendah atau menengah, mereka bersama      kita di situasi pembelajaran yang sama. 

Kita + Ahli rumah = Kerna mereka diperlukan untuk membayar sewa, mungkin juga untuk melunaskan segala tanggungjawab rumah dan lain-lain

Kita + Ahli usrah = Kerna mereka insan yang bersama kita di bawah satu kumpulan yang dipimpin seorang murabbi

Kita + Ahli Jemaah = Kerana mereka sama pegangan dan fikrah dengan kita serta akan menyokong pendapat kita.

KHALOS.

Itu antara tanggapan sesetengah manusia berkenaan interaksi sesama manusia.
Kiranya anda dan saya, sama-sama kita renungi di manakah asalnya titik permulaan kita.
Sama seperti yang kita semua perlu huraikan untuk menjawab soalan sains darjah 6 berkenaan Rantai makanan.

Benar, Kita perlu tahu siapa primer untuk melengkapkan rantaian tersebut supaya keseimbangan dapat dikekalkan.

Begitu juga hubungan kita dengan manusia.
Firman ALLAH:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Benarlah kata-kataNYA yang Agung.

Kita ada hak atas saudara kita,
tidak kiralah mereka dari mana,
Siapapun mereka,
dan bagaimana mereka.

Hubungan kita dan manusia,
biarlah ia bersandarkan DIA.
Kerna DIA berkuasa menyatukan hati-hati kita.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَثَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ فِيْ تَوَدِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلَ الْجَسَدِالْوَاحِدِ ,إِذَااشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِوَالْحُمَّى

“Perumpamaan kaum mukminin satu dengan yang lainnya dalam hal saling mencintai, saling menyayangi dan saling berlemah lembut di antara mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila salah satu anggota badan sakit, maka semua anggota badannya juga merasa demam dan tidak bisa tidur.”

Jom Kita Kasih sayang kerana NYA.

Spreading,
Miss Nur Sa
(Man ‘arafa nafsuhu, faqad ‘arafa rabahu!)
Jom kenali diri~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: