KONVENSYEN WANITA ISLAM NASIONAL

Bandar Baru Bangi, 25 Jun – Seperti tahun-tahun yang lepas, Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) anjuran Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kembali lagi pada tahun ini. Kali ini Negeri Sembilan dipilih sebagai tuan rumah untuk acara yang akan diadakan pada 24 Julai 2010 di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson.

Konvensyen ini diadakan dengan tujuan untuk mencapai beberapa objektif utama iaitu menjelaskan identiti dan jati diri wanita daripada perspektif Islam, memimpin wanita dalam mendepani cabaran sosial di pasca moden dan memartabatkan Islam sebagai penyelesai masalah dan jalan keluar.

Menurut Ustazah Norlida bt Kamarudin, Naib Ketua Wanita ISMA yang juga Pengarah KONWANIS 2010, tema ’Wanita Mendepani Cabaran Pascamoden’ telah dipilih kerana KONWANIS edisi keempat ini akan membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi golongan wanita yang dikaitkan dengan cabaran sosial yang melanda.

“Pada akhirnya, kita berharap untuk mengemukakan jalan penyelesaian kepada semua isu dan cabaran ini berlandaskan Islam”, tambah beliau.

“Hakikatnya wanita memikul tanggungjawab yang besar dalam kehidupan pascamoden yang pelbagai aspek ini. Justeru itu, mereka harus mendepani suasana ini dengan asas kekuatan yang tepat di samping mengetahui tabiat, impak serta cabaran yang bakal ditempuhi”, jelas Ustazah Norlida lagi.

Pelbagai agenda menarik telah disusun untuk menghiasi KONWANIS 2010, antaranya pembentangan tiga kertas kerja, forum, mini karnival dan malam kesenian. Kira-kira 1000 orang peserta dijangkakan hadir termasuk golongan profesional dan mahasiswi.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mendaftar secara online, boleh melayari laman web rasmi KONWANIS dihttp://konwanis.ismaweb.net.

Oleh: Mohd Firdaus Sabturani,
Ketua Pengarang,
Media ISMA

LAMAN WEB ISMA MALAYSIA

p/s : credit to my beloved ukht, zahra’ zainur rashid for this post, ^^

One thought on “KONVENSYEN WANITA ISLAM NASIONAL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: