INDIKATOR SESEBUAH KEJAYAAN

12052010

Muslimah X : Salam,ya ukht!Boleh tak temankan ana ke kerusi sebelah sana, tolong ana check cenderahati VVIP?? Pleaseee…

Muslimah Y : Maa fil musykilah,X. Jom kita pegi sana……

13052010

Muslimah X : Z, dah ready ke?kejap lagi, kita kena sampaikan hadiah ni……

Muslimah Z : Takutnyer2,manalah tau nanti tersadung ka, terjatuh ka,aahh…..

Muslimah X : Laah….jangan gitu. Baca Basmalah n terus jalan. Insya Allah,tak terjatuh…. Tapi, hati-hati tau?

Dua situasi atau keadaan yang berlaku sebelum dan semasa KOSMAZ. Satu pengalaman, kenangan, memori, catatan yang akan tercoret dalam sejarah hidup kita.

Perkara yang saya fikirkan sepanjang perjalanan pulang ke rumah menaiki kenderaan beroda empat kepunyaan muallim masih lagi berlegar-legar di pemikiran ini.

Setiap apa pekerjaan yang kita lakukan pasti kita harap akan beroleh kejayaan.. Tidak mungkin ada individu yang mengharapkan pekerjaan yang dilakukan akan terjadi hasilnya sesebuah kegagalan. Benar kan?

Saya Terfikir-fikir,berlalunya KOSMAZ.. Apakah hasil kejayaannya?? Perkara ini tertanya-tanya dan masih belum menemukan jawapan yang tepat.

Setelah difikiran secara teliti,saya menemui beberapa konklusi:

1)      Kelancaran program : Saya mengakui betapa lancarnya KOSMAZ berlalu

2)      Target bilangan peserta : Memang diakui sangat2 kerana sampai penuh dewan + tak cukup fail bagi pihak perempuan.

*nak cari tempat duduk pun terpaksa alih-alihkan orang

3)      Pembentang kertas kerja : Sangat3 mantop!Terutamanya Doktor Abdallah Marof Abed Omar

*Maybe it is because of the language he is using + I do love ARABIC

4)   AJK + Urusetia :  HyperENERGY,tak taulah camner… tapi, semua sangat3 bersemangat dan langsung tidak menunjukkan kepenatan emosi dan badan.

5)      Ustaz-ustaz : Sentiaasa menyokong n tak pernah kelihatan penat,

Akhirnya, saya berbincang dengan W dan dia menyuarakan pendapat bahwa program yang kami lakukan ini program umum.Jadi, memanglah indikator kejayaan yang kita tetapkan adalah sedemikian rupa.

Apapun,saya yakin memang bukan mudah untuk ‘tackle’ masyarakat tapi ini sudah cukup untuk membuka mata masyarakat supaya mereka sedar akan isu  umat ISLAM iaitu PALESTIN..

Cuma, kadangkala kita terlupa untuk menetapkan indikator kejayaan dalam urusan yang kita lakukan. Indikator kejayaan bagi diri saya digelar MUHASABAH.

Sebab apa saya gelarkan sedemikian rupa??

1)      Sebab, di sinilah saya akan temui setakat mana kemampuan saya

2)      Dan di sini, saya akan latih diri untuk muhasabh dan muzakarah setiap urusan yang saya lakukan.

Teringat firman ALLAH s.w.t:

“Setelah Kamu Berazam dan Berusaha maka, Bertawakkallah kepada ALLAH”

Insya Allah,ini adalah cara saya untuk menetapkan indikator diri , kamu punya BAGAIMANA??


3 thoughts on “INDIKATOR SESEBUAH KEJAYAAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: