NILAIAN MANUSIA

 

 *lostconfidencetowrite*
Nah. I need to pass through it.

Hari ni nak bincang tentang nilaian manusia. Kau tahu apa maksud nilaian manusia. Pasti bukan?Nilaian manusia sebenarnya kalau kita selidiki menjadi kayu ukur paling tinggi bagi setiap insan homosapien di atas muka bumi ini.

 Nak tahu kenapa? Cuba teka, jawapan akan dijelaskan di hujung artikel ini.

Suka untuk Nur bawakan kita sama-sama selidiki nilaian manusia ini dalam diri kita. Cuba lihat diri sendiri, kita banyak bergantung pada buah fikiran dan pandangan manusia lain terhadap diri kita. Bermula seawall kita bangun pgi, mandi, solat subuh, qiam*kalauandabangunqiam*, makan, sarapan, aktiviti harian, pakaian, cara berjalan, dan sebesar-besar perkara hinggalah ke skecil-kecil perkara.

Benar bukan?

Nur bawakan satu peristiwa ya?

SITUASI 1

Aminah berjalan keluar rumah dengan satu azam yang baru. Azam yang menggunung tinggi mejulang ke awan langit biru.

Hari ini aku akan berubah. Inilah imej baruku’ bisik Aminah pada dirinya yang berpakaian baju kurung serta bertudung labuh dan… berstokin serta ber’cuff’(sarung ye?) tangan.

Aminah berjalan masuk ke sekolah menuju rakan-rakan karibnya(BFF lah), namun

Hei, Am! Kau buang tebiat apa? Nak main-main kostum ke?” suara Farah
Perasan ustazah lah tu…” ejek  Sally
Kau.. jangan ingat kau pakai macam ni, kau baik dan suci sangat lah!” caci Lili

mungkin belum masa lagi untuk aku berubah’ gumam hati Aminah.

Yup. Ini situasi ‘cliché’ yang berlaku bukan jarang-jarang bahkan sering berlaku dalam apa-apa jua keadaan. Itu satu situasi. Malahan, begitu banyak lagi situasi yang boleh kita ambil dan jadikan contoh.

Misalnya, dari sudut fizikal. Satu ‘equation’ yang menjadi lumrah manusia sepanjang zaman.

Gemuk = hodoh/tak cantik/malas/banyak makan/suka tidur.
Kurus = cantik/pandai/rajin/baik/lembut/sopan/’boleh buat calon menantu’ *hahaha* 

Dari sudut akademik,

Universiti tempatan = tak pandai sangat ni/biasa-biasa/tak kreatif/tak rajin
Univeriti ‘oversea’ = pandai/bijak/IQ tinggi/rajin/bersungguh-sungguh 

Dari sudut bangsa, 

Melayu = malas/tak kreatif/tak pandai/lambat/lembap/mundur/layu ‘as in’ Melayu
Cina = rajin/pandai/baik hati/hensem/bijak/business-minded 

Dan, banyak lagi. Nur bawakan yang  ‘commonly used

For all my babbling up here, I just want to conclude on something,*myenglishmodeison*

Kita patut jadi diri kita, nilaian manusia tidak akan membawa kita ke mana-mana,
As my umi always said “ Nur, kalau kita nak mencapai dan memenuhi setiap kehendak dan nilaian manusia, kita memang tidak akan mampu lakukan perkara tersebut. Trust me!” 

Ya! Setelah saya melalui hidup ini buat beberapa dekad, kata-kata ini benar-benar fakta yang sebenar. Mungkin kita akan mengecewakan beberapa hati manusia yang punya rasa hormat atas peribadi kita setelah mengetahui kelemahan kita. Namun, itu bukan penghujungnya!

Andai anda hidup atas neraca nilaian manusia,
Tidak akan ada satu perkara yang mampu memuaskan hati anda,
Andai anda hidup atas neraca Illahi,
Segalanya akan menjadi mudah buat diri anda.

Nur tak nafikan ada nilaian manusia yang kita boleh ambil sebagai kayu ukur dan penolak untuk berubah ke arah kebaikan namun, itu bukanlah segalanya.

Berubahlah dan bertebaranlah di atas muka bumi ini atas neraca illahi, anda akan mendapati kehidupan lebih diberkahi. 

Kata-kata seorang murabbi yang memahat di hati saya, “Nur, bila kita melihat dan kita lalui jalan ini dengan IKHLAS, Allah akan mudahkan dan bentangkan jalan itu seluas-luasnya.”

Ok. Fullstop. Hamdalillah.

Sincerely,
Miss Nur Sa.
(wanna know the answers? Allah jadikan manusia ni saling bergantung pada satu sama lain, namun syaitan yang hadir akan sentiasa menghasut dan menggoda anak-anak Adam untuk dengki, envious dan benci melihat insan yang lain. Na’uzubillahi min zaalik!)

Oral Pharmacology tomorrow. Do pray for me! *whatamIdoing!* 

Jatuh.

30 Jun.
1 Julai.
2 Julai.
3 Julai.

Hari itu terus berlalu.

Setiap hari mereka berteriak ‘Tragedi berdarah akan berlaku hari ini!’
setiap jam mereka bersorak ‘Morsi jatuh!’
setiap minit mereka melakukan kekejaman tanpa belas ehsan
setiap saat mereka tidak akan diam melihat Islam a’alaa

Itu kisah “mereka”
Si TAMARRUD yang hanya mengenal erti Kuasa dan wang, pangkat dan kekayaan, hirupan dunia,
sanggup mengorbankan segalanya untuk menapai pucak tertinggi,
terus membiarkan diri dibonekakan oleh pihak kuffar.

la’anallahu alaihim!

yang ini pula,
Bertahanlah wahai presiden!
kami semua bersamamu! Kami semua dibelakangmu!
Jangan berundur!
“Bunuhlah kami sebelum kamu bunuh revolusi kami!”
“irfaa’ ra’saak fuuq, anta masri! Laa lilfuluul ra’isna MURSI”
“Bir ruh biddam nafdikka ya Islam”
“Islamiyyah….Islamiyyah… raghma anfal elmaniah”
“Isma’ ya Siisi… rai’sna Mursi”

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=555502531173400&set=a.346213482102307.81224.344957402227915&type=1&theater

Ini pula,
kisah Si “Tajarrud” yang terus tajarrud mempertahankan HAQ!
Mereka yang disebut sebagai antara yang telah membenarkan janji dengan-NYA.
Terus meyakini kemenangannya pasti datang!

Coretan ini kisah si Dia.
Dia yang banyak mengajar aku bumi ini milik Allah,
Dia yang terus menanam erti ke’sabar’an dalam diriku,
Dia yang mendidik erti BERANI di mana anda berada,
Dia yang mengenalkanku dengan rakyatnya yang penyayang, jiddiyah, hammasah.
Dia yang terus meninggalkan jejak di setiap kurun yang berlalu,
Dia yang dahulunya para utusan-Nya meninggalkan jejak-jejak langkah,
Dia yang dalam sejarah tiada tandingannya,
dan Dia yang dikatakan masuk ke dalamnya, akan beroleh keamanan,
Dia dan dia.

Dia adalah “MESIR”

Itu,itu,itu,
Kisah MEREKA.
Saudara kita!

Terus terang kisah Mesir ini banyak mengingatkan aku kembali kepada apa yang berlaku di zaman-zaman dahulu.

1) Tragedi pembunuhan Saidina Umar Bin Al-Khattab: Antara faktornya adalah para pengkhianat Islam yang ingin menjatuhkan Islam dan khalifah.

http://www.laskarinformasi.com/2012/09/konspirasi-pembunuhan-khalifah-umar-bin.html#axzz2Y0s97aSF

http://raufasufrina87.blogspot.com/2009/10/umar-al-khattab-tragedi-waktu-subuh.html

Hurmuzan dan Jafina. Abu Lukluah. Mereka pengkhianat yang menyusup.

2) Tragedi Saidina Ustman Bin Affan. Khalifah Ustman yang sangat lembut, penyabar, dermawan.Faktor yang sama terus berulang dalam sejarah Islam. Pengkhianat dalaman faktornya.

http://persatuan-pmms.blogspot.com/2009/05/edisi-ke2-seerah-fitnah-pembunuhan.html

3) Kejatuhan kerajaan bani daulah Ahmar. Bagaimana lemahnya kepimpinan Islam hanyasanya kerana pengkhianatan dalaman.Allah…. Allah… Sejarah berulang lagi!

http://gua-lu.blogspot.com/2012/07/pengajaran-kejatuhan-kerajaan-islam.html

Saya suka kata-kata dia:(klik link di bwah)

https://www.facebook.com/nurulsyumul/posts/10200137557429718

PERANAN kita?

– yuk bergerak!
– qaad madhaa ‘ahd an-naum!
-terus munajat berharap padanya!

– AKHIR KALAM,

sampai bila, anda semua dan kita terus berharap Islam akan bangkit hanya dengan:
a. SHARE & LIKE status Facebook?
b. TWEET, twitter 24/7
c. Talk, n talk but where the practical??
d. FEEL, perasaan sahaja?
e. BLOG, blogging,artikel n etc…??

banyak lagi kalau saya ingin list down kan,
SAMPAI BILA,
wahai syabab!
wahai Fatayat!

sudah tiba masa untuk anda meMATANGkan diri!
tika ada insan yang menghulurkan tangan untuk anda,
sambut ia,
tika ada insan mengajak anda menyertainya,
sambut ia,
tika ada insan menuntut diri anda untuk hidup dalam tarbiyah,
jangan pula anda menolak atas alasan-alasan sampingan.

Setiap kita akan dihisab!
Marilah sertai kami di ISMA-Mesir~

https://www.facebook.com/ismamesir
http://blog.ismamesir.net/
https://www.facebook.com/isma.malaysia

Anda pewaris ISLAM!
Andalah pemangkin Dakwah ini!

Miss Nur Sa.
tabki as-sama’ wal ard wannas ajmai’n,
walakin annasr qareeb bi iznillah!

F.A.H.A.M

image

Bilamana kefahaman itu berakar umbi
Lahirlah amal yang merimbun.
Hadirlah Ikhlas yang tidak putus.
Besarlah jihad yang dikorbankan
Maka tetaplah si daie diatas jalan itu!

Terus telusuri,
Miss Nur Sa
(Faham.ikhlas.amal.jihad.pengorbanan.taat.tsabat.tajarrud.ukhuwah.thiqah)

Se….

Se’SAUDARA’
Se’IBUBAPA’
Se’KELAS’
Se’TAMAN’
Se’KUMPULAN’
Se’TARBIYAH’
Se’JAMAAH’

Image

bismillah,

Kali ni kita sama-sama soroti klasifikasi hubungan kita sesama manusia.
Sering meniti di bibir setiap insan, hubungan kita sesama orang sekeliling berdasarkan atas urusan apa yang kita jalankan dengannya.

Image

Misalnya,

Kita + ibu bapa = kerana mereka menyara,mendidik,melahirkan kita

Kita + adik-beradik = mereka punya sama ibu dan bapa seperti kita, membesar bersama

Kita + rakan sekolah = samada tadika,sekolah rendah atau menengah, mereka bersama      kita di situasi pembelajaran yang sama. 

Kita + Ahli rumah = Kerna mereka diperlukan untuk membayar sewa, mungkin juga untuk melunaskan segala tanggungjawab rumah dan lain-lain

Kita + Ahli usrah = Kerna mereka insan yang bersama kita di bawah satu kumpulan yang dipimpin seorang murabbi

Kita + Ahli Jemaah = Kerana mereka sama pegangan dan fikrah dengan kita serta akan menyokong pendapat kita.

KHALOS.

Itu antara tanggapan sesetengah manusia berkenaan interaksi sesama manusia.
Kiranya anda dan saya, sama-sama kita renungi di manakah asalnya titik permulaan kita.
Sama seperti yang kita semua perlu huraikan untuk menjawab soalan sains darjah 6 berkenaan Rantai makanan.

Benar, Kita perlu tahu siapa primer untuk melengkapkan rantaian tersebut supaya keseimbangan dapat dikekalkan.

Begitu juga hubungan kita dengan manusia.
Firman ALLAH:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Benarlah kata-kataNYA yang Agung.

Kita ada hak atas saudara kita,
tidak kiralah mereka dari mana,
Siapapun mereka,
dan bagaimana mereka.

Hubungan kita dan manusia,
biarlah ia bersandarkan DIA.
Kerna DIA berkuasa menyatukan hati-hati kita.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَثَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ فِيْ تَوَدِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلَ الْجَسَدِالْوَاحِدِ ,إِذَااشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِوَالْحُمَّى

“Perumpamaan kaum mukminin satu dengan yang lainnya dalam hal saling mencintai, saling menyayangi dan saling berlemah lembut di antara mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila salah satu anggota badan sakit, maka semua anggota badannya juga merasa demam dan tidak bisa tidur.”

Jom Kita Kasih sayang kerana NYA.

Spreading,
Miss Nur Sa
(Man ‘arafa nafsuhu, faqad ‘arafa rabahu!)
Jom kenali diri~

2 pergi, 7 MENANTI

2 pergi, 7 MENANTI

2 paper telah berlalu (actually, 1 setengah kan? XP)

ya,
aku kini ibarat sang pendamba waktu
‘lajulah masa!’
ujarku
gesaku
menghitung
mengira
dan menolak
baki yang tersisa

aku kini,
ibarat sang pungguk
merindukan datangnya bulan
di malam hari
sedangkan
siang baru menjengah
menyinari.

aku kini,
bagai sang penunggu,
menunggu-nunggu
sang rezeki bergolek dari langit
si hadiah jatuh ke riba
si dia mengucapkan
‘khalas imtihan ya banat!’

aku kini,
masih menunggu dan menanti,
agar semua khayal,
agar semua impian
agar semua mimpi
bertukar
berubah
bak si ‘cinderella’
dibantu ibu pari-pari.

Benarkah hidup ini?
semudah kata mereka
seindah khayalan maya
secantik lukisan warna
bak kata mereka,
‘Happily Ever After?’

kata qudama’
‘Mengapa Hidup Jika Statik?’

Miss Nur Sa
“Akukah yang statik itu?”
na’uzubillah min zaalik!